Terlebih dahulu kami merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, maka PERTUBUHAN MULTAQA AHLI HADIS MALAYSIA (MUHIM) telah dapat diperbadankan. Tujuan MUHIM dilahirkan adalah untuk mengumpulkan cendekiawan hadis dan ulama yag berketerampilan di Malaysia bagi melaksanakan program-program bersifat dakwah dan keilmuan serta program-program kebajikan. Untuk mencapai hasrat demikian, MUHIM turut menubuhkan MUHIM Cawangan Mesir yang melibatkan penyertaan daripada para pelajar Malaysia di sana. Semoga dengan adanya hubungan dua hala ini, MUHIM akan terus bergerak dengan penuh tanggungjawab serta amanah dalam memberi manafaat kepada masyarakat umum nanti, insya-Allah.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ustaz Abdul Latef Bin Alhadri
Pengerusi
Pertubuhan Multaqa Ahli Hadis Malaysia