Kunjungan Hormat Ke Pejabat Mufti Kedah
Laporan Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti Kedah
Tarikh: 26/12/2024
Lokasi: Pejabat Mufti Negeri Kedah, Alor Setar
Tujuan Kunjungan:
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik, sesi suaikenal antara Pertubuhan Multaqa Ahli Hadis Malaysia (MUHIM) dengan pihak Pejabat Mufti Kedah, serta mengenalpasti peluang kerjasama dalam usaha memartabatkan ilmu agama dan memperkukuhkan dakwah di negeri Kedah.
Wakil MUHIM yang Hadir:
- Abdul Latef bin Alhadri – Pengerusi MUHIM
- Dr Mohd Nor Adli bin Osman – Ahli Jawatankuasa MUHIM
Wakil Pejabat Mufti yang Hadir:
- Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang – Mufti Negeri Kedah
- Kapten Bersekutu (PA) Syeikh Mohd Firdaus bin Mohd Khalil – Ketua Penolong Mufti
Isi Perbincangan:
- Sesi Perkenalan:
- Perkenalan ringkas tentang MUHIM, aktiviti dan perancangan.
- Perbincangan Potensi Kolaborasi:
- MUHIM memaklumkan hasrat koloborasi dan perancangan program sama’ hadis.
- Pihak Pejabat Mufti menyambut baik cadangan tersebut dan memberi pandangan tentang kerjasama dengan sebuah institusi pondok di Pendang yang memiliki hasrat yang sama.
- Rancangan Tindakan Susulan:
- Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan pertemuan susulan bagi memperincikan bentuk kerjasama yang dapat dijalankan, termasuk kemungkinan menganjurkan acara bersama pada masa akan datang.
Kesimpulan:
Kunjungan hormat ini berjaya membuka jalan bagi hubungan erat antara MUHIM dan Pejabat Mufti Kedah. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada pelbagai program dan inisiatif yang membawa manfaat kepada umat Islam di Malaysia, khususnya di negeri Kedah.
Disediakan oleh:
Abdul Latef bin Alhadri
Pengerusi MUHIM
26/12/2024