NAMA DIDAFTARKAN
Pertubuhan Multaqa Ahli Hadis Malaysia @ MUHIM

ALAMAT
Induk:
No 15-2 Jalan 2/76C Desa Pandan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cawangan Mesir:
Building 27, Block 3, Floor 4, Flat 8, Sadiq Jauhar Street, 7th District, Nasr City, Cairo.

NOMBOR PENDAFTARAN
PPM-003-14-20092016

TARIKH PENDAFTARAN
20 September 2016

DIHUBUNGI
Tel: +60 0380732698
Email: info@muhim.org

BANK
Pertubuhan Muhim – Multaqa Ahli Hadis Malaysia
No Account: 21444600058710
RHB Bank Berhad branch:
Plaza Damas 3 Sri Hartamas Kl

Pertubuhan Multaqa Ahli Hadis Malaysia atau MUHIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah diperbadankan pada 20 September 2016 yang lalu. MUHIM diwujudkan khas bagi mengumpulkan para cendekiawan dan ulama yang arif dengan ilmu hadis untuk melaksanakan pelbagai program dakwah dan keilmuan. Selain program-program keilmuan, MUHIM juga menjadi landasan yang aktif dalam penghasilan buku-buku terjemahan sebagai usaha untuk menyebarluaskan lagi manfaat ilmu hadis khususnya.

Bagi memantapkan lagi usaha murni pertubuhan ini, MUHIM turut menjalinkan kerjasama dengan para pelajar Malaysia di Mesir dengan menubuhkan ahli jawatankuasa MUHIM cawangan Mesir.

Beberapa aktiviti dan program keilmuan dirangka bagi menyampaikan manfaat ilmu kepada penuntut di sana. Setiap usaha MUHIM, ianya akan dilaksana dan disampaikan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama, sebaliknya usaha dakwah MUHIM adalah meliputi semua pihak.

Selain itu, MUHIM juga sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan dan pertubuhan NGO lain dalam menyebarluaskan ilmu.